Sabtu, 23 Jun 2012

PBS KSSR TAHUN 1 DAN 2

Bermula pada tahun 2012, setiap murid KSSR (Tahun 1 dan 2) mesti mempunyai sebuah fail bagi tujuan pengurusan KSSR-PBS. Fail ini iaitu Fail Perkembangan Murid akan disimpan di sekolah sehingga murid tersebut tamat sekolah atau berpindah keluar. Berikut merupakan kandungan fail tersebut :
  1. Maklumat murid
  2. Pelaporan penyataan formatif tahun 1-6.
  3. Pelaporan penyataan sumatif tahun 1-6.
  4. Sijil / dokumen penghargaan, pengiktirafan pencapaian dan penglibatan murid.
  5. Evidens-evidens murid pada tahun semasa.
Evidens-evidens murid akan disimpan di dalam fail tersebut dan akan dipulangkan kepada murid / ibu bapa/ penjaga pada akhir setiap semester. Evidens-evidens ini merupakan instrumen murid di mana setiap pencapaian akan direkod dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Sekiranya anak tuan/puan masih belum mempunyai fail ini di sekolah, guru kelas akan memaklumkan kepada anak tuan/puan.

Murid tahun 1 dan 2 tidak ada ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun serta akhir tahun.  Murid tersebut dinilai menggunakan instrumen PBS mengikut setiap mata pelajaran. Keputusan pencapaian murid tahun 1 dan 2 berpandukan band iaitu:
 BAND                 STANDARD
6                          Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5                          Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4                         Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3                        Tahu, Faham dan Boleh Buat
2                        Tahu dan Faham
1                       Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau
melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik.

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru,
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,
mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran
dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan
maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara
tekal.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus kepada Setiausaha PBS KSSR - Pn.Rokiah Yusof  atau Pen.Setiausaha PBS KSSR -En.Mohamad Bin Asmara.

Terima kasih.

 Disedikan oleh:

Setiausaha PBS KSSR
SK Sungai Limau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...