Rabu, 30 Mac 2016

TAKZIAH


Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Limau mengucapkan takziah kepada keluarga seorang murid Tahun 3 iaitu Syahadatul Akmaliya bt Subana atas kembalinya beliau ke Rahmatullah pada 28 Mac 2016. Semoga keluarganya tabah dan bersabar atas ujian yang diterima. Sesungguhnya kami amat sedih atas pemergiannya namun Allah lebih menyayanginya. Kami berdoa agar rohnya ditempatkan bersama roh para Nabi , syuhada dan solihin. Amin.

Jumaat, 18 Mac 2016

TAHNIAH



Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Limau mengucapkan tahniah kepada Cikgu Azahar bin Sulong atas kenaikan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Pancang Bedena pada 11 Mac 2016. Beliau memulakan khidmat sebagai guru terlatih pada 1 Disember 1989  di SK Sungai Limau selepas tamat pengajian di Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Sesungguhnya jasa dan sumbangan beliau amat besar dalam mendidik permata bernilai Sekolah Kebangsaan Sungai Limau. 

Ahad, 17 Mei 2015

TAHNIAH.......

DI ATAS KEMENANGAN MAKMAL KOMPUTER SK SUNGAI LIMAU

JOHAN PERINGKAT NEGERI MAKMAL KOMPUTER PERINGKAT SEKOLAH RENDAH 2015


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...